Sunday, December 23, 2012

KEMAHIRAN ABAD KE -21



Kemahiran abad ke-21 sering dikaitkan dengan peranan teknologi maklumat dalam pendidikan (ICT) dalam perubahan pendidikan. Kemahiran abad ke-21 melibatkan kemahiran dalam penggunaan literasi digital dalam pendidikan.
Terdapat tiga kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang terdapat dalam kemahiran abad ke-21 iaitu:
v  Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
v  Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
v  Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
Selain itu, terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21. Berikut adalah elemen-elemen tersebut:
Ø  Kreativiti dan inovasi (creativity and innovation)
Ø  Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving)
Ø  Komunikasi dan kolaborasi (communication and collaboration)
Ø  Literasi Maklumat (Information literacy)
Ø  Literasi media (Media literacy)
Ø  Literasi teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK), (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
Ø  Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and adaptability)
Ø  Berinisiatif dan mempunyai haluan diri (Initiative and self-direction)
Ø  Kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and cross-cultural skills)
Ø  Produktiviti dan akauntabiliti (Productivity and accountability)
Ø  Kepimpinan dan tanggungjawab (Leadership and responsibility)

No comments:

Post a Comment