TUGASAN KUMPULAN 5 PJK
Monday, December 31, 2012
Wednesday, December 26, 2012
PELAJAR ABAD KE 21
Pelajar abad ke-21
merupakan pelajar yang berorientasikan Sains dan teknologi serta menggunakan
prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian. Kemajuan Sains
dan teknologi ini secara tidak langsung mempengaruhi sektor pendidikan dan
sekali gus para pelajar masa kini.
Sistem
pendidikan di seluruh dunia telah banyak mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi ini. Sebagai contoh, perubahan-perubahan dalam pendidikan ini
turut tercatat dalam banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010 (PIPP), Standard Guru Malaysia dan yang paling terbaru ialah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPP).
Semua
yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya
bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) selari dengan perkembangan dunia Sains dan
teknologi pada masa kini .
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan
2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut
penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem
pendidikan kita. Tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan telah
menggariskan beberapa ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi
alaf baru akan datang iaitu:
·
Berpengetahuan tinggi, kaya dengan
maklumat terutamanya dalam bidang sains dan teknologi
·
Mempunyai minda yang kuat
seperti kreatif, kritis,inovatif dan proaktif
·
Mengamalkan nilai-nilai luhur
dan murni (termasuk penyayang)
·
Mempunyai semangat jati diri,
jaya diri, semangat juang dan keusahawanan
·
Berketrampilan tinggi dan
yakin pada diri sendiri
Seharusnya,
pelajar abad ke-21 telah menjadi lebih professional dan amat memahami
tugas/peranan mereka sebagai pelajar. Sementara itu, kaedah pembelajaran sepatutnya
tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Akan tetapi,
proses pembelajaran dan pengajaran sepatutnya berpusatkan pelajar. Pada abad
ke-21 ini, guru seharusnya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada
pelajar. Manakala para pelajar pula, perlu mencari maklumat, pengetahuan
menggunakan prasarana-prasarana yang ada seperti melayari internet dan
sebagainya selari dengan perkembangan dunia sains dan teknologi.
Pada abad ke-21 ini, seharusnya semua sekolah
mampu melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran berkonsepkan penggunaan
IT tetapi masih terdapat sesetengah sekolah yang bergelut dengan soal asas
pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira (3M) terutamanya sekolah di luar Bandar. Sepatutnya, pelajar abad
ke-21 tidak lagi mengalami masalah kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
tetapi sebaliknya mereka semua pandai menggunakan computer.
Lantaran
itu, semua pihak, harus memainkan peranan penting, terutamanya para guru dalam
menghasilkan para pelajar yang celik IT, berkualiti dan mampu bersaing dan
berkembang selari dengan pambangungan pesat dunia era globalisasi sains dan
teknologi. Maka para pendidik dan guru-guru
pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
·
Menguasai subjek yang ingin di ajar terutamanya kandungan
kurikulum
·
Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (ilmu pengajaran &
pembelajaran)
·
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka agar
proses P&P dapat berjalan dengan lancar
·
Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·
Memiliki kemahiran kaunseling untuk membantu para pelajar yang
bermasalah
·
Mahir menggunakan teknologi terkini agar maklumat mudah untuk
disampaikan dan juga membantu dalam melancarkan proses P&P
Di samping itu, ibu
bapa juga memainkan peranan yang penting agar anak-anak mereka tidak
ketinggalan dalam menempuh arus pemodenanan pada abad ke-21 ini. Sebagai ibu
bapa, mereka seharusnya peka dengan perkembangan dunia sains dan teknologi pada
masa kini dan juga harus selalu memantau kegiatan anak-anak mereka agar tidak
menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang ada. Sebagai pelajar, kita harus
menyediakan diri kita tidak kira dari segi fizikal dan mental dalam menempuh
dunia moden pada masa kini.
Sebagai
pelajar abad ke-21 mereka seharusnya berupaya membuat hubung-kait antara dua
perkara, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, berani mengambil risiko,
sentaisa dahagakan ilmu, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, selalu
berusaha untuk menjana idea-idea baru, fleksibel, tidak mudah berputus asa, menguasai
kemahiran literasi terutamanya penggunaan computer, berani mencuba, mampu
berfikir sendiri dan menyelesaikan masalah,
membuat inisiatif, mampu bekerja dengan
orang lain, berani membuat perubahan, berintegriti dan berperibadi tinggi.
Sunday, December 23, 2012
KEMAHIRAN ABAD KE -21
Kemahiran abad ke-21 sering dikaitkan dengan
peranan teknologi maklumat dalam pendidikan (ICT) dalam perubahan pendidikan. Kemahiran
abad ke-21 melibatkan kemahiran dalam penggunaan literasi digital dalam
pendidikan.
Terdapat tiga kemahiran Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang terdapat dalam kemahiran abad ke-21 iaitu:
v Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
v Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
v Kemahiran hidup dan kerjaya (Life
and career skills)
Selain itu, terdapat beberapa elemen yang
terkandung dalam kemahiran abad ke-21. Berikut adalah elemen-elemen tersebut:
Ø Kreativiti dan inovasi (creativity
and innovation)
Ø Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving)
Ø Komunikasi dan kolaborasi (communication
and collaboration)
Ø Literasi Maklumat (Information
literacy)
Ø Literasi media (Media literacy)
Ø Literasi teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK), (ICT (Information, Communications and Technology)
Literacy)
Ø Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and adaptability)
Ø Berinisiatif dan mempunyai haluan diri (Initiative and self-direction)
Ø Kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and cross-cultural skills)
Ø Produktiviti dan akauntabiliti (Productivity and accountability)
Ø Kepimpinan dan tanggungjawab (Leadership and responsibility)
Friday, December 21, 2012
MODEL PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
A.
Pengertian Model Pembelajaran Konstruktivisme
Model pembelajaran konstruktivisme adalah salah satu
pandangan tentang proses pembelajaran yang menyatakan bahawa dalam proses
belajar (perolehan pengetahuan) bermula dengan berlakunya konflik kognitif.
Konflik kognitif ini hanya dapat diatasi melalui pengetahuan akan dibina
sendiri oleh individu melalui pengalamannya dari hasil interaksi dengan
persekitaran.
B. Konstruktivime mempunyai beberapa tujuan, di
antaranya adalah sebagai berikut:-
• Adanya motivasi untuk pelajar bahawa belajar adalah
tanggung jawab pelajar itu sendiri.
• Mengembangkan kemampuan pelajar untuk mengemukakan soalan dan mencari sendiri pertanyaannya.
• Membantu pelajar untuk mengembangkan pengertian atau pemahaman konsep secara lengkap.
• Mengembangkan kemampuan pelajar untuk mengemukakan soalan dan mencari sendiri pertanyaannya.
• Membantu pelajar untuk mengembangkan pengertian atau pemahaman konsep secara lengkap.
• Mengembangkan kemampuan pelajar untuk menjadi pemikir
yang bebas.
• Lebih menekankan pada proses pembelajaran.
C. Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Secara garis besar, prinsip-prinsip konstruktivisme yang
diterapkan dalam belajar mengajar adalah:-
• Pengetahuan dibina oleh pelajar sendiri, baik secara personal mahupun sosial.
• Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid, kecuali hanya dengan keaktifan murid sendiri untuk menalar.
• Pengetahuan dibina oleh pelajar sendiri, baik secara personal mahupun sosial.
• Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid, kecuali hanya dengan keaktifan murid sendiri untuk menalar.
• Murid aktif mengkonstruksi terus-menerus, sehingga
selalu terjadi perubahan konsep saintifik.
• Guru sekadar membantu menyediakan maklum dan situasi agar proses pembinaan berjalan lancar.
• Guru sekadar membantu menyediakan maklum dan situasi agar proses pembinaan berjalan lancar.
• Menghadapi masalah yang berkaitan dengan pelajar.
• Struktur pembelajaran seputar konsep utama pentingnya
sebuah soalan.
• Mencari dan menilai pendapat pelajar.
• Menyesuaikan kurikulum untuk menanggapi anggapan
pelajar.
• Menilai pembelajaran pelajar dalam konteks pengajaran.
D. Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstuktivisme
• Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru
melalui penglibatan dalam dunia sebenar.
• Menggalakkan persoalan / idea yang dimulakan oleh murid
dan guru menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
• Mengambil & mendapatkan kajian bagaimana murid
belajar sesuatu idea.
• Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid
& guru.
• Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran.
• Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan
eksperimen.
Model pembelajaran konstruktivisme meliputi empat tahap
iaitu:
1. Peringkat pertama adalah apersepsi, pada tahap ini dilakukan kegiatan menghubungkan konsep
awal, mendedahkan soalan-soalan dari masalah sebelumnya yang merupakan konsep
prasyarat. Misalnya: mengapa bumi dapat berputar?
2. Tahap kedua adalah eksplorasi, pada tahap ini pelajar mengungkapkan dugaan sementara
terhadap konsep yang mahu dipelajari. Kemudian pelajar menggali, menyiasat dan
mencari sendiri konsep sebagai jawapan dari dugaan sementara yang dikemukakan
pada tahap sebelumnya, melalui manipulasi benda langsung.
3. Tahap ketiga, perbincangan
dan penjelasan konsep, pada tahap ini pelajar menyampaikan hasil
penyelidikan dan penemuannya, pada tahap ini pula guru menjadi fasilitator
dalam menampung dan membantu pelajar membuat kesepakatan kelas, iaitu setuju
atau tidak dengan pendapat kelompok lain serta memotivasi pelajar mengungkapkan
alasan dari perjanjian tersebut melalui kegiatan soal jawab.
4. Tahap keempat, pembangunan
dan aplikasi, pada tahap ini guru memberikan penekanan terhadap
konsep-konsep penting, kemudian pelajar membuat kesimpulan melalui bimbingan
guru dan menerapkan pemahaman konseptual yang telah diperolehi melalui
pembelajaran saat itu melalui kepakaran tugas.
E. Kelebihan Model Konstruktivisme
1. Pembelajaran berdasarkan konstruktivisme memberi
peluang kepada pelajar untuk mendedahkan idea-idea secara jelas dengan
menggunakan bahasa pelajar sendiri, berkongsi idea dengan temannya, dan
mendorong pelajar memberikan penjelasan tentang gagasannya.
2. Pembelajaran berdasarkan konstruktivisme memberi
pengalaman yang berkaitan dengan idea-idea yang telah dimiliki pelajar atau
rancangan kegiatan disesuaikan dengan gagasan awal pelajar agar pelajar
memperluaskan pengetahuan mereka tentang fenomena dan mempunyai peluang untuk
merangkai fenomena, sehingga pelajar terdorong untuk membezakan dan
menggabungkan idea-idea tentang fenomena yang mencabar pelajar.
3. Pembelajaran konstruktivisme memberi pelajar peluang
untuk berfikir tentang pengalamannya. Ini dapat menggalakkan pelajar berfikir
kreatif, imaginatif, mendorong refleksi tentang model dan teori, mengenalkan
idea-idea pada saat yang tepat.
4. Pembelajaran berdasarkan konstruktivisme memberi
peluang kepada pelajar untuk mencuba idea-idea baru agar pelajar terdorong
untuk memperoleh kepercayaan diri dengan menggunakan pelbagai konteks, baik
yang telah dikenal mahupun yang baru dan akhirnya memotivasi pelajar untuk
menggunakan pelbagai strategi belajar.
5. Pembelajaran konstruktivisme mendorong pelajar untuk
memikirkan perubahan idea mereka setelah menyedari kemajuan mereka serta
memberi peluang pelajar untuk mengenalpasti perubahan idea mereka.
6. Pembelajaran konstruktivisme memberikan persekitaran
belajar yang kondusif yang menyokong pelajar mengungkapkan gagasan, saling
menyemak, dan mengelakkan kesan selalu ada satu jawapan yang benar.
F. Kekurangan Model Konstruktivisme
1. Pelajar mengkonstruksi pengetahuannya sendiri, tidak
jarang bahawa hasil pembinaan pelajar tidak sesuai dengan hasil pembinaan para
ilmuan sehingga menyebabkan salah faham.
2. Konstruktivisme menanamkan agar pelajar membina pengetahuannya sendiri, hal ini pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar memerlukan rawatan yang berbeza-beza.
3. Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur yang dapat membantu keaktifan dan kreativiti pelajar.
2. Konstruktivisme menanamkan agar pelajar membina pengetahuannya sendiri, hal ini pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar memerlukan rawatan yang berbeza-beza.
3. Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur yang dapat membantu keaktifan dan kreativiti pelajar.
PENDIDIKAN ABAD KE 21
PENGENALAN
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia
merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi
kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi
keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal
dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini,
di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia,
kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "
[ Laporan
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan
pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan
individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan
teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad
ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang
berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B.
Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu
dilakukan.
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai
taraf yang setinggi-tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi
penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari
segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka
terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan
dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".
[ Malaysia Melangkah
Ke Hadapan, hal. 21 ]
"Kita mestilah memastikan bahawa
terdapat satu adunan yang seimbang antara golongan profesional,
separa-profesional dan ahli ketukangan, selain terdapatnya imbangan yang wajar
antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi,
sastera dan ilmu-ilmu sosial".
[ Malaysia
Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan
koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang
ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu
pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat
futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan
profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat
menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat
pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu
membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada
penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan
berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
- kemahiran berkomunikasi secara berkesan
- kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
- kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
- kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
- kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
- kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada
perkara-perkara berikut :
(a) Pembelajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan
projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai
tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi
kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan
baik antara ahli kumpulan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan
dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda
yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa
kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk
baru.
(c) Pengembangan Kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang
kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu
tersebut diberi galakan.
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan
tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam
pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan, dapat
memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang
mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan
kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang
yang berlainan.
(e) ‘Multilinggualism’
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan
pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih
(selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan
berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa.
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan
dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat
mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang
berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia
dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik,
beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan
agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu
menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan
masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang
berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai
Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik,
muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi
tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan
memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di
khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
ORGANISASI KURIKULUM
Pendidikan Prasekolah
Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di
samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'.
Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran secara
tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan
aktiviti secara terancang dan tidak tirancang (bebas) mengikut objektif yang
disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti
dijalnkan sama ada dalam bentuk pengalaman, hasil kerja dan lain-lain.
Penekanan kesediaan yan kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira)
melalui bermain. Ini merupakan kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi
ujian diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus
dititikberatkan supaya gugu tidak mengajar 3M 'right away'.
Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan
agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang telah
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1, serta diulang
dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka
yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di
samping mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama.
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun.
Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar
menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak yang kurang
berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun, umumnya, tempoh
pendidikan rendah adalah 6 tahun.
Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang.
Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan
insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Struktur Organisasi
Struktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen
yang membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang
dicadangkan ialah :
- Komunikasi
- Matematik, sains dan teknologi
- Kerohanian, nilai dan sikap
- Kemanusiaan dan kesenian
- Perkembangan diri
- Kokurikulum
(i) Komunikasi
Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur,
membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam bahasa pengantar
sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas
dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
(ii) Matematik, Sains dan Teknologi
Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik,
kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi
perhatian.
(iii) Kerohanian, Nilan dan Sikap
Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat.
Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.
(iv) Kemanusiaan dan Kesenian
Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan
setempat dan global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya
appresiasi dipupuk.
(v) Perkembangan Diri
Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental.
Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan membuat
keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.
(vi) Kokurikulum
Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk
pelbagai aktiviti. Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian
seragam dilanjutkan.
Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan
supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan
pelajar seperti berikut :
Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada
kumpulan lemah]
Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada
kumpulan sederhana]
Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja]
(advances)
Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima
tahun. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya
lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid
mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh
belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya
untuk masa depan.
Matlamat
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan
potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan
berketrampilan untuk pembangunan negara.
Struktur Organisasi
Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :
Kursus Peringkat Asas :
- Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
- Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan
Kursus Peringkat Umum
- Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal
- Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik
Kursus Peringkat Tinggi
- Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian
- Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan
1. Kumpulan Teras
- Komunikasi
- Matematik, sains dan teknologi
- Kerohanian, nilai dan sikap
- Perkembangan diri
2. Kumpulan Elektif
Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan
ataupun alam pekerjaan.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala
kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber
yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet'
perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantuk sepenuhnya oleh komputer.
Ini bukan bertujuan menggantukan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan,
berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan
peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan
maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atau MULTIMEDIA atau
HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat
memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar
maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang
teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer
beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi
alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan
menengah.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu
meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM
mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan
CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.
Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama
lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam
'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang
apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di
seluruh dunia.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan
teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang
sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih
tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang
diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan
melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di
dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah
(fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap
pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya
untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih
untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri
daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang
tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan
sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi
kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya
sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat
pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :
- Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
- Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
- Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
- Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
- Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular
- Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap
tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun
pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat
persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai
menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul
ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu
ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar
terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar
ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka
yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap
pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar
ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan
umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan
mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini
pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar
Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah
menguasai kemahiran matematik Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang
diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah
ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah
menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali.
Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang
ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk
menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap
penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah
benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar.
(a) Penilaian Berasaskan Sekolah
Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya
sendiri. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian
muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang akan
naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan lemah
diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan.
(b) Penilaian Berterusan
Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar
benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery
learning). Penilaian bertgerusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar
supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir
pembelajaran.
(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen,
selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu
diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan
menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Awam,
elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka (design),
kebolehan praktik, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan
membuat anggara dinilai bersama dengan pengetahuan.
(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil
Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek
perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap
tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid dikehendaki
membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru perlu membuat
penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh praktikalnya. Alat penilaian
perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan bidang yang dinilai.
(e) 'Authentic Assessment'
'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai
mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang
dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini
menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individu dan
rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi
menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi.
(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada
sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan tahap
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.
Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian
Rujukan Kriteria (CRT).
(g) 'Bench Marking'
'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas
hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan
tinggi. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat
mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan
keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di peringkat sekolah, daerah,
negeri ataupun negara.
(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line
Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang
dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar
yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk
kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti pembelajaran sentiasa
tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian apabila mereka sudah
bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)